Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Hati

3:26 AM Ellie 0 Comments Category :



Kita selalu terdengar banyak peribahasa, kata2 kiasan yg d kaitkan dengan hati, macam buah hati, mata hati, buta hati, hati budak, makan hati, sakit hati, sampai hati dan macam-macam lagi. Tapi kenapa HATI ini banyak d gunakan dalam Bahasa Melayu??

Hati merupakan satu organ yg d berikan kepada Allah kepada hampir semua makhluk yang bernyawa...manusia, binatang...ianya organ yg sangat penting, centre of Human, located almost in the centre of chest. Hati mengawal the whole inner system of the body, kegagalan hati berfungsi akan menyebabkan lumpuhnya semua organ manusia....

Islam mengajar kita supaya menjaga hati....Allah pernah berkata didalam diri manusia ada satu ketul daging yang d namakan Qalb,jika ianya baik, maka akan baiklah perlakukan dan semua yang lain, seadainya ianya jahat, maka jahatlah segalanya....Itulah hebatnya hati... Hati manusia yang penuh dengan kehitaman, lantaran dosa2 yang d lakukan akan menyebabkannya Hati Batu, tidak mahu mengendahkan segala nasihat dan tujuk ajar yang d berikan. Tetapi sekiranya hati manusia itu bersih, suci mereka akan mudah Lembut Hati untuk menerima apa sahaja teguran tunjuk ajar, arahan yang d berikan oleh Allah atau manusia yang lain.

Hati manusia ada kaitanya dengan amalan yang mereka lakukan....hati manusia yang penuh hasad dengki, hati yang busuk ternyata sampai hati untuk melakukan perbuataan yang bukan setakat penuh iri hati malahan melakukan perkara yang tidak menyenangkan hati Allah. Mereka sanggup menggunakan kuasa selain dari Allah untuk menyiksa hati, keluarga, menyekat rezeki orang lain hanya untuk memenuhi kehendak hati.

Disebabkan manusia mempunyai hati, mereka akan mudah tersentuh hati seandainya ada insan lain yang pandai mengambil hati. Dengan hanya kata2 yang bermadah, ramai manusia yang menjadi mangsa skim dan penipuan melalui Internet hanya kerana kata2 enak yang pandai menyakinkan hati. Jika dulu peribahasa dari mata turun ke hati...sekarang dari kata2 turun ke hati....terdapat insan yang yakin hati hanya kerana insan lain pandai mengambil hati melalui kata2 tidak pun bertentang 4 mata. Dengan bermodalkan kata2 yang d anggap ikhlas hati dan baik hati, ramai yang mengorbankan diri hanya menurut kata hati untuk d sayangi.

Ramai yang sanggup mengambil nyawa sendiri hanya kerana menurut kata hati kerana lara hati dan kecewa hati. Begitulah hebatnya kuasa hati...

Percayalah pandangan hati tidak selalunya salah, gerak hati adakala tepat.....untuk menjadikan celik hati...bersihkan hati mu dengan zikir kerana dalam sepotong ayat dalam surah Al-Nisaa, Allah meminta manusia menginagti Allah ketika duduk, berdiri, tidur dalam apa keadaan sekali pun. Ini adalah kerana dengan mengingati Allah, manusia akan celik hati untuk menjalani kehidupan yang adakalanya suka hati dan ada kalanya lara hati.

Waahualam...


catatan d tulis kerana aku patah hati, sedih hati....dan sedang pujuk hati agar tabah hati!!!

RELATED POSTS

0 comments