PTK..PTK....PTK.....
PTK...ermm..apa itu PTK..pernah pada satu ketika kontroversi melanda PTK nih. Ramai yg menyuarakan ketidak puasan hati mereka tentang PTK. Apa itu PTK? PTK adalah singkatan untuk Penilaian Tahap Kecekapan. Ianya di adakan bertujuan untuk menguji kecekapan penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka. Seandainya mereka lulus dengan jayanya semua penilaian; Generik dan Fungsional dengan mendapat keputusan IV/IV bagi kedua bahagian, penjawat awam akan di tawarkan kenaikan pangkat/ gred dan pergerakan gaji dr P1 ke P2.
Sebelum menjawat sebagai pegawai kerajaan, aku tidak pernah mengambil tahu apa itu PTK dan kepentingannya, tetapi setelah di sahkan jawatan sebagai penjawat awam ni ramai pulak yang mengingatkan dan dalam erti kata yang lain menyuruh aku mengambil PTK. Sebenarnya aku tidak berminat dengan PTK tetapi atas desakan rakan2 sekerja aku dengan paksa rela mendaftarkan diri. Ternyata hasilnya seperti yang aku gambarkan. Untuk penilaian baru PTK aku d kehendaki menyiapkan tugasan dalam bahasa Melayu (kalau korang perasan tulisan aku kali nih tiada pengunaan B.Inggeris sebab aku dalam latihan menulis dalam bahasa Melayu yang sememangnya aku lemah...kan bagus kalau tugasan PTK boleh di tulis dalam B.Inggeris..ermm)
Di samping tugasan bertulis, aku juga di kehendaki menyiapkan pembentangan SKT aku dalam bentuk PowerPoint untuk di bentangkan didepan penilaian nanti. Aku kena siapkan semua tugasan sebelum minggu depan, hujung minggu nih jadual sudah penuh dengan aktiviti kelas OUM ku memang tidak membantu. Di tambah pulak tiadanya Internet d rumah menambahkan kesukaran menyiapkan tugasan. Adakah ianya alasan untuk aku tidak menghadirkan diri ku pada kursus PTK pada minggu depan?? hehehehe.....
Aku dah tak boleh berlamaan (betui ke tidak ayat ni tak tahu laa) depan PC, kena siapkan tugasan ni...Semoga Allah permudahkan...Aminn!!!
3 comments